Sunday 27 April 2014

Bersediakah aku ke EBC Oct ini?

Soalan yang bermain di fikiran aku few days back. Bersediakah aku untuk ke EBC Oct nanti? Kalau aku jawap sekarang, 15% sahaja bersedia. Selebihnya memang tidak. Aku yakin aku akan sampai sana, tapi persoalannya bersediakah aku?

Fikiran aku diasak dengan pelbagai persoalan dan pertimbangan. Pengaruh kawan-kawan juga menimbulkan kerunsingan. Macam-macam pertikaian ditujukan kepada aku. Aku kenal ngan seorang abang ni, dia pernah pergi EBC dan ABC. Fendi namanya. Aku pernah berjumpa dengannya sekali untuk mendapatkan nasihat. Nizam, seorang sahabat yang bakal ke ABC Oct nanti juga, berkobar-kobar untuk menjalani latihan bersama. Cikgu Kerol, Kak Reen dan rakan-rakan yang pernah ke EBC, Island Peak dan Mera peak juga banyak membantu.

Aku banyak juga membaca mengenai tempat yang aku nak pergi ni. Dua kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Pertama, AMS menyerang tak kira siapa. Kedua, aku perlukan lebih isi untuk mengekalkan haba dalam badan. 

AMS merupakan musuh ketat peminat sukan trekking atau hiking di tempat sejuk dan tinggi. Bulan Oct merupakan bulan bermulanya musim sejuk dan suhu dia sana mencecah bawah sifar. Aku yang mempunyai BMI 17.26 atau lebih spesifik lagi, underweight, adakah aku mampu mengatasi masalah kesejukan melampau di sana. 

Rata-rata para sahabat aku menasihati aku untuk menambah berat badan dan makan lebih untuk mengelakkan perkara buruk di sana. Aku sedar akan itu dan aku sedang cuba menambah kuantiti pengambilan makanan aku. 

Soal attire dan equipment, semuanya aku akan beli di Kathmandu. Apa yang aku sudah ada aku akan bawa dari sini, dan selebihnya aku akan beli di sana kerana di sana adalah syurga outdoor. 

Setakat ini aku telah dapatkan guide dengan harga USD900 untuk 14 hari ekspedisi aku di sana. Ini adalah yang termurah setakat ini. Kos ini adalah termasuk airport transfer, hotel, teahouse, domestik flight, yuran taman negara, TIMS, guide tetapi tidak termasuk porter. Aku tidak akan menggunakan khidmat porter sebabnya aku akan minta guide aku bawakan beg aku.

Walaupun aku ada masalah untuk menghubungi guide aku di sana, dia tetap meyakinkan aku bahawa dia akan membantu aku untuk mendapatkan keyakinan semasa aku di sana kelak. Katanya, 99% peratus trekking ke EBC adalah berjaya. Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar kerana aku akan spend masa di sana selama 14 hari. Total 17 hari di Nepal. 3 hari selebihnya adalah back up sekiranya cuaca buruk. Apa yang aku tahu, jika cuaca buruk, penerbangan dari Lukla ke Kathmandu akan dibatalkan dan terpaksalah sangkut di Lukla dahulu. 

Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, aku akan buat trip ke Bhote Kosi 2D1N untuk buat bungy jump 160 meter dan water rafting (kalau air tak sejuklah..hahaha). Ini semua hanya rancangan semata-mata. Termakbul atau tidak lain cerita. Sekarang sudah masuk bulan May, hanya ada lima bulan sahaja lagi. Tak lama lima bulan tu. Pejam celik pejam celik, tibalah masanya nanti.

Sekian, goodluck dan semoga perancangan selama dua tahun ini akan berjalan dengan lancar.

Note: hari ni tak ke mana-mana bosan so tulislah diary ini..

Sunday 13 April 2014

Training di Batu Caves

13 April 2014
Start pukul 8.00 pagi tadi, aku dan sahabat, Nizam, pergi training di Batu Caves. Target kami adalah 10 round. Dan kami berjaya buat 10 round. Pancit? Sudah semestinya. 

1-5 round pertama adalah round yang mencabar. Nak bagi habis 5 round cukup seksa. Badan baru nak adapt dengan naik turun anak tangga 270 tu.  Tapi bila dah sampai 7 round, semangat makin tinggi. Rasa confident untuk habiskan 10 round tu lebih berkobar-kobar.

Aku rasa aku masih mampu untuk sampai 15 round, tapi cukuplah untuk kali ini. Maybe next time boleh cuba up sikit. Nanti balik sakit kaki sangat pulak. Dah lah kena sound banyak kali dengan orang kat situ. " Kalau nak joging pergilah taman ke lake ke.. Ini tempat orang nak sembahyang..."

10 round kami mengambil masa lebih sejam rasanya. Kami slow-slow je takde rush. Takut nanti injured. Lagipun memang tak larat pun nak laju-laju. Bukan atlete pun nak lari. Hahaha

Lepas turun, aku beli sebiji buah kelapa dan ratah jugak kat situ. Best gila dapat minum. Lepas itu, aku makan nasi lemak 3 bungkus dan 2 biji pisang. Adoi. Lapar lain macam je. Dahaga pun lain macam je.

Note: Better bawa air sendiri sebab air mineral 500 ml kat atas sana harga RM2.00. Mahal. Tapi sebab dahaga no choice.

Saturday 12 April 2014

Training Di Batu Caves, Gombak, Selangor

Suasana awal pagi bi kaki bukit Batu Caves

Pemandangan dari atas
Training di Batu Caves sememangnya banyak membantu. Sesuai untuk mendaki ke Kinabalu. Pendakian turun dan naik akan menggalakkan otot-otot kaki bekerja lebih. Aku hanya mampu buat 5 kali pusingan sahaja. Semput habislah. Balik rumah kaki terasa berdenyut-denyut. :)

Paling penting ialah warm up sebelum panjat kerana nanti akan sakit kaki yang teruk. Dan kalau boleh bawa air mineral 500ml tu sekali. 

Hati-hati semasa mendaki kerana tangganya yang pendek-pendek dan orang ramai di situ. Masa turun, kalau boleh ikut tepi berhampiran tempat pegang tangga. In case apa-apa jadi, nak pitam ke, boleh pegang tangga. 
 
 Ini bukanlah kali pertama aku ke sini, tapi sampai sekarang aku masih tak tau jumlah sebenar anak tangga. Berkali-kali aku kira tapi setiap kali kira mesti tak sama. Adui. Hahaha
 

Myanmar Day 04: Mendaki Gunung Dan Melawat Kawasan Pedalaman Di Inle Lake

28 Dec 2013

Hari terakhir aku di pekan kecil Nyaung Shwe ini rasa sayu plak. Hehe. Plan aku adalah untuk mendaki kerana di keliling Inle Lake merupakan kawasan tanah tinggi. Kiri kanan nampak banjaran yang cukup panjang dan luas.

Pendakian aku bermula agak lewat kerana aku berborak dengan rakan di hostel. Hehe. Dah tak sempat ambil pendakian full day so aku amik half day je dengan salah satu agen yang buka kedai kat tepi jalan tu. Aku bayar USD6.00.

Kedai itu terletak sebelah sebuah kedai aiskrim kampung. Sempatlah aku makan aiskrim buatan orang Burma. Sedap sangat. Serius. Aku tunggu guide trekking aku lama jugak sebab dia ngah jalan kaki dari rumahnya ke pekan. Orang Burma ni baik-baik. Suka tolong orang. Tak kisah faham ke tak bahasa English, tapi keinginan membantu orang tu tinggi. Aku suka!

Sebelum itu, aku bersiar-siar di pasar Nyaung Shwe. Pasarnya kecik, menjual pelbagai makanan dan bahan mentah serta bunga-bunga segar. Paling best banyak bunga matahari. Aku beli kacang sebungkus dengan harga seringgit. Banyak gila,

Kemudian aku makan tengah hari di gerai tepi jalan. Take note ya sebab pekannya terlalu berdebu, so kalau tak tahan dengan debu, jalan makan di tepi jalan. Aku saja nak rasa kehidupan sebenar masyarakat di sana. Lepak dengan orang kampung dna berborak. Sangat best. Aku makan nasi lauk ikan kari. Noted gulai orang Burma ni sangat berminyak. Tapi sedap. Aku dihidangkan kari ikan, ikan bilis goreng cili kering, sup rebung+kacang merah, dan nasi putih. Puas gila makan sebab taste aku pedas-pedas. Meleleh hingus makan. 1500ks sahaja. duit MYR4.50 lebih kurang. Berbaloi dan kenyang. 

Bila perut dah kenyang, mulalah perjalanan mendaki aku. Guide dan aku berjalan sehingga ke pinggir pekan dan menuju ke perkampungan yang berada di kawasan gunung. Penat jugak trekking dengan panas teriknya, debunya. 

Aku melewati beberapa kampung dan sekolah yang cukup daif. Aku singgah di sebuah temple lama di dalam sebuah gua. Hurmm. 

Jalan ke perkampungan yang berada di kawasan gunung
Sepanjang perjalanan, aku dihadiahkan dengan pemandangan yang sangat menarik. Aku dapat melihat kawan pekan nun dari jauh. Pergunungan di sini tidak mempunyai pokok-pokok seperti kita. Gunung kering dan semuanya dilitupi dengan pelbagai jenis tanaman. Orang kampung mengusahakan ladang sendiri.

Ada ladang jagung, bunga matahari, tembakau, tebu, kacang, sayur, dan macam-macam. Pokok asam jawa juga banyak. Guide aku terkejut apabila aku banyak mengenali sayur-sayur hutan dan pokok yang rare. Abang, saya ni orang kampung jugak abang oi! Sungai, hutan itu dah menjadi darah saya. Nampak je manja-manja gitu. Hahahaha.

Aku singgah di sebuah sekolah yang kecil. Kalau kat Malaysia, sekolah itu bersaiz lebih kurang 2 kali ganda rumah rakyat. Betapa kecilnya sekolah mereka. Malah, semua gred berkumpul dalam satu kelas dan hanya dibahagikan dengan papan lapis. Itu pun  nampak kawan-kawan gred sebelah papan tu. Sedih tengok.

Abang mendukung adik bersiar-siar
Pelajar sekolah
Depan sekolah orang kampung tengah memotong kayu api beramai-ramai. Ada "tham boon" katanya. Tham boon itu adalah bahasa Siam bermaksud satu pesta keraian untuk membuat pahala dan bersedekah . Mereka ingat aku orang Siam, seorang lelaki yg boleh berbahasa Siam bercakap dengan aku. Aku lepak bersama mereka hampir 20 minit dan kemudian aku beransur pulang.

Aku trekking di celah-celah semak dan ladang jagung. Memang gatal-gatal badan aku. Haha. Kemudian kami singgah di sebuah kedai kampung untuk minum.

Apabila petang menjelma, guide dan aku pulang ke pekan semula. Berjalan laju-laju sebab nak kejar masa. Bas aku ke Bagan adalah jam 7.00 malam tapi orang akan datang pick up aku dari jam 6.00 - 6.30 petang. 

Sampai hostel aku mandi dan salin baju. Lepak-lepak bersama kawan sementara tunggu pick up. 

Semasa menunggu bas, suhu sangat sejuk. Aku ni pula hanya pakai sweater cotton je. Menggigil lah apa lagi. :)
 
Me & my guide
Bunga matahari di ladang

Wednesday 9 April 2014

Backpack Osprey Ariel 65 Women



Aku masa first time merasmikan beg baru. Hehe
Beli beg baru sempena mendaki Rinjani bulan May 2014, EBC Nov 2014 dan untuk kegunaan masa depan bagi trekking atau travel jangka masa lebih dari seminggu. 

Aku ni cerewet orangnya. Kalau nak beli barang aku akan survey banyak2, tapi entah kenapa, lepas try dan tengok beg Osprey model Ariel 65 litre khas untuk perempuan, aku terus berkenan. Tak fikir panjang, terus beli. Beg lama aku Deuter dah tak boleh pakai setelah 7 tahun berkhidmat untuk aku. 

Osprey ni terkenal dengan beg yang ringan. Apa yang menariknya, warranty lifetime. So, kalau ada apa-apa rosak, boleh hantar balik anytime for any problem.

Then, beg ni waterproof. Dia tak bekalkan rain cover sekali, tapi aku kena beli rain cover jugak sebabnya nanti beg cepat kotor. Warna beg biru lembut. Model ni ada tiga warna iaitu biru lembut, merah dan wheat.

Beg ni agak lebar. Tak tinggi sangat tapi sedikit gemuk. Tapi aku suka sebab saiz sesuai dengan badan aku. Trial selama tiga hari di CBL amat memuaskan hati. Bahu aku tidak sakit, ia grab dengan bagus. Bahagian pinggang ngam dengan saiz badan aku. Malah boleh adjust harness panjang beg di bahagian belakang badan. 

Boleh pilih saiz jugak even dia dh tulis 65 litre tapi aku amik yang saiz XS, harness dia kecik sikit nak bagi match ngan rangka badan aku yang kecik. Volume dia jadi 59litre. Kalau saiz M or lebih besar maka, volume dia akan besar sikit. Tak jauh beza sangat sebenarnya. First time aku tahu beg ada saiz berbeza-beza. Selama ni ingatkan cuma volume yang terpampang kat luar beg tu je: 35L, 40L, 60L + 10 dan sebagainya..

Beg ini dicipta khas untuk perempuan, so memang ngam2 untuk perempuan. Aku amat berpuas hati dengan beg aku ni. Will be my best travel "buddy" lepas ni.

Harga? Selepas diskaun 20% aku dapat RM750.50. Harga asal RM938. Mahu semput jugak nak keluarkan duit ni. Tapi sebab fikir beg adalah amat penting untuk travel dan keselesaan berpanjangan, serta bukanlah setiap hari nak beli beg, so mahal tidak menjadi isu yang besar.

Ni Features dia aku copy dari website:

  • Top pocket converts into lumbar pack with built in hip belt
  • LightWire™ alloy peripheral frame
  • Red internal load compression strap
  • Stow on the Go™ trekking pole attachment
  • Three horizontal compression straps
  • J-zipper panel access
  • Stretch woven dual access side pockets
  • Stretch woven front pocket with welded vent
  • Cord loop Add-Ons™ attachment slots
  • StraightJacket™ compression
  • Side gear loops and straps
  • Wide mouth sleeping bag access with divider
  • Two ice axe loops
  • Removable sleeping pad straps
  • LightWire™ Alloy Peripheral Frame Suspension
  • Ribbed foam backpanel with grip mesh
  • Recycled HDPE framesheet with weight-reducing cutouts