Ahad lepas aku berkesempatan mendaki gunung lagenda Gunung Ledang yang terletak di Tangkak, Johor bersama rakan-rakan dari Melaka. Aku memandu seorang diri dari Shah Alam ke Tangkak dengan mengambil masa lebih kurang sejam 50 minit. Trafik di awal pagi sememangnya lengang.
Aku tiba sebelum jam 7 pagi dan mengambil peluang untuk berehat sebentar di dalam kereta sementara menunggu kawan-kawan tiba.
Pendakian kami bermula pada jam 9.10 selepas mendaftar, melaporkan barang-barang yang di bawah ke kawasan gunung dan mendengar sedikit taklimat. Masing-masing bersemangat memulakan pendakian.
Dari pejabat taman negara sehingga ke CP1 Bukit Semput, kami mengambil masa dalam 20 minit kalau tak silap. Pendakian bermula dengan 720 anak tangga yang tidak berapa tinggi tetapi cukuplah aku katakan sesi memanaskan badan. Kami berehat di CP1 selama 10 minit.
Dari CP1 ke CP2 iaitu Hentian Meranti, trek sederhana tetapi lebih sukar sedikit dari CP1. Perjalanan betul-betul membuatkan peluh menitik-nitik membasahkan baju. Selepas berehat menunggu rakan-rakan, akmi meneruskan pendakian ke CP3 Batu Orkid.
Selepas itu, pendakian CP3 ke CP4 amatlah mudah. Trek sangat landai dan bersih. Dari CP3 sebelum tiba di CP4 Sg Segi Tiga, guide kami menyuruh kami yang mendahului pendakian menunggu rakan-rakan di Simpang Satu Dua. Dari situ tidak jauh untuk ke sungai.
Di sungai kami berehat lebih lama. Aku menjamah sedikit makanan sebab perut dah mula berkeroncong. Aku ni memang tak boleh lapar, kalau tidak, lembik satu badan. Selepas berehat sambil mendengar deruan air sungai, kami bersiap sedia untuk menghadapi pendakian yang sebenar di KFC (Killing Fitness Centre).
KFC amat popular di sini kerana kecuraman treknya hampir 75 - 85 darjah dan trek sangat panjang. Memang mencabar. Tapi aku tengok semuanya bersemangat mendaki. Macam takde rasa letih. Di sini terdapat akar-akar kayu sebagai tempat berpaut, batu-batu dan pokok-pokok.
Selepas KFC, kami melalui Gua Kambing. Di sini ada kisah-kisahnya tersendiri. Aku pun belum sempat korek apa cerita di sebalik gua ini. Untuk melalui gua, kami harus menggunakan tangga yang curam dan kawasan gua gelap.
Tak lama lepas itu, kami dihidangkan dengan sebuah batu yang cukup besar iaitu Batu Hampar. Besar dan pacak sekali. 85 darjah ada kot. Di batu hampar disediakan tiga tali untuk membantu kami memanjat. Penatlah tangan nak pegang tali tu. Serius. Kalau tangan tak kuat memang boleh jatuh sebab dari bawah nak ke atas bukan pendek jaraknya.
Apabila habis batu hampar, Amras menyuruh aku menoleh ke belakang, SubahanaAllah cantiknya pemandangan yang luas terbentang tu. Tapi aku GAYAT!!!
Batu hampar lagi |
Batu Hampar |
. |
Batu Hampar |
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Taman Bonsai dan Bukit Botak seterusnya menuju puncak. Sebelum puncak, terdapat 4 tangga kami kena lalui. Semuanya mencanak.
Semasa
menuruni gunung, kami melalui trek short cut, bukan laluan KFC tadi
lagi. Trek ini lebih dekat dan mudah. Cuma trek lencun kerana semalam
hujan lebih dan Ledang telah diterjah oleh hampir 180 peserta mendaki. Trek ini akan bertemu semula dengan trek semasa mendaki di simpang Pedita.
Secara keseluruhannya, pendakian kami mengambil masa 5 jam naik dan 3 jam turun. Aku mengalami lecetan di jari kaki kerana aku pakai adidas kampung. Mungkin dah lama tak pakai kot tu sebab melecet. Last-last semasa tiba di tangga, aku menanggalkan kasut dan berkaki ayam menuruni gunung.
Apa yang paling best mengenai trip kali ini, kami semua kebuluran tahap dewa. Lepas membersihkan diri, kami makan malam di sebuah kedai. Amras, Naz dan aku makan dua pinggan nasi, manakala Fatilah, Am dan Anuar cuma makan sepinggan sahaja. Ops! Kantoi makan banyak.
Aku, Am dan Own |
Posing di puncak |
Batu Bersurat tahun 1313 |
Menikmati makan tengah hari di puncak dengan sambal sedap oleh Fatilah |
Kami di puncak |
Sekian terima kasih