Monday, 23 December 2013

Permohonan Visa Ke Myanmar

Setelah bersesat dan bersesak di KL tempoh hari untuk membuat visa ke Myanmar dan akhirnya gagal, maka hari ini bersamaan 22hb Disember 2013 Ahad aku dengan penuh semangat pergi lagi sekali dengan menaiki tren. Hahaha. Tak payah fikir nak cari jalan dan tension sebab jalan jam. Beli tiket tren, duduk dan tidur sementara nak sampai.

Pada 11hb Disember (Selangor cuti KL kerja) aku pergi ke kedutaan Myanmar yang terletak di Jalan Ampang Hilir, tapi rupa-rupanya visa tidak dibuat di situ. Sebaliknya telah dipindahkan ke sebuah agensi Ever Fine Servives (M) Sdn Bhd di Jalan Tun Perak. Aku sesat dan sesak menuju ke Jalan Ampang Hilir dan pulang dengan tangan kosong tempoh hari. Sebab ada lunch date with my bestfriend, so aku balik terus lepas tu.

Alamat Kedutaan Myanmar di KL:

EMBASSY OF THE REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR

No. 8(C), JALAN AMPANG HILIR, 55000, KUALA LUMPUR
Tel : (603) 4251 5595, 42514455, 4251 6355
Fax : (603) 4251 3855

Terdapat beberapa jenis visa:
- tourist visa
- business visa
- multiple journey entry visa
- social visit visa
- meditation visa (apa tu? pergi berubat agaknya.hehe)

Kita boleh download borang permohonan visa siap-siap sebelum pergi ke kaunter di website kedutaan: http://myanmarembassy-kl.org/

Di ASEAN country (ada sebelas kesemuanya, hanya Myanmar sahaja if aku tak salah, yang memerlukan visa untuk travel ke sana), tidak perlu memakai visa lagi pada tahun 2015 nanti. So senang nak travel la kita. 
Gambar ni aku ambil masa di kedutaan. Ini adalah peta dan alamat tempat buat visa yang sebenar. Jangan salah pergi.

Perjalanan menaiki tren KTMB dari stesen Shah Alam mengambil masa 45 minit untuk ke KL Central dan kemudian kena tukar tren Putra LRT line Gombak (vice versa Kelana Jaya) dan turun di stesen Masjid Jamek, dua stesen dari Kl Central. Tak jauh pun. 

Mudah untuk mencari ofis ni. Visa Myanmar application
Lokasinya Ever Fine Travel & Tours betul-betul atas Coffee box

Ever Fine ni terletak seiring dengan stesen Masjid Jamek. Kita tak perlu melintas jalan pun bila keluar dari stesen. Just ambil kanan dan jalan terus je. Ever Fine berada di tingkat satu betul-betul atas Coffee Box dan bertentangan Mc Donald.

Ever Fine aga besar, ruang yang luas dan masa aku pergi memang takde orang langsung. So tak perlu ambil nombor, dan terus ke kaunter no 2. Aku bagi semua dokumen dan lepas lima minit,aku balik. Kejap je. Besok aku kena pergi amik visa dan passport aku kat sana jam 4.30 petang. So terpaksa lah aku ambil half day cuti ni. Huhhu.

Visa boleh disiapkan dalam tempoh sehari sahaja. Namun kena hantar sebelum jam 12 tengah hari dan boleh dikutip pada jam 4.30-5.30 petang pada hari yang sama (weekdays only). Namun sekiranya kita hantar pada hari Sabtu atau Ahad, visa hanya akan siap pada hari Isnin jam 4.30 petang. 
Pintu masuk
Suasana di dalam ruang pejabat dan kaunter. Lengang.
Inilah adalah print screen website embassy Myanmar. Maklumat yang diberikan cukup padat dan mudah difahami.

 Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa ke Myanmar:
- borang permohonan
- salinan kad pengenalan
- salinan passport
- passport
- salinan tiket flight pergi balik (kalau tak bawa copy, nanti dia minta emailkan pada dia dan cas untuk print adalah RM1.00)
- dua keping gambar ukuran passport (background putih khas untuk permohonan visa Myanmar)
- RM140.00 per entry (bagi tourist visa)

Application for entry tourist visa to Myanmar (Burma)