Hujung minggu tanpa aktiviti, pasti aku akan bangun lewat. Memang dah tak boleh buang tabiat buruk ni. Jam 10.00 pagi pun masih berguling-guling malas lagi di katil kesayangan. (Apa nak jadi lah perempuan ni). Tapi kalau ada aktiviti mendaki, pukul 3 4 pagi pun aku sanggup bangun. Semalam aku menonton midnight Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 untuk kali keduanya. Banyak pula dia potong mcm scene Carlise an Aro putus kepala.Scene mcm tu pun potong. Tak faham betul aku.1st aku tengok movie ni adalah masa hari pertama ia ditayangkan. So, boleh nampak perbezaannya.
Berbalik kpd jalan-jalan ke Melaka, sebenarnya aku tidak sangka aku akan segila ini. Teman aku mesej pada jam 4.30 pm dan aku dengan tak ada perasaannya terus bersetuju tanpa fikir apa-apa. Al-maklumlah, baru bangun dari tidur selepas keluar lunch dengan Pija kat Meru tadi. Kepala pun macam tak betul saja.
Kami bertolak dari Shah Alam tepat jam 6.00 petang dan tiba di Ayer Keroh jam 8.30 malam. Jalan sesak di tempat-tempat berlainan. Sebelum Galery Mufors, then di Nilai, kemudian di Seremban, dan satu lagi ada jam juga di mana aku pula terlupa nama. Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku hendak ke Melaka dengan Eli. Kami tiba di Ayer Keroh dan kawan Eli datang pick up kami di Melaka Sentral. Selepas itu, kami ke pergi makan asam pedas. Kalau datang ke Melaka tak makan asam pedas memang tersangat rugi. Kami makan di Man Asam Pedas yang terletak di Jalan Laksamana. Perhatian kepada sesiapa yang membaca tulisan aku ini, tolong jangan makan di sini sebab asam pedasnya TAK sedap langsung. Nasib baik orang yang belanja.
|
From Internet ~ Man Asam Pedas |
Selepas itu kami menuju ke Melaka River Cruise yang juga terletak di Jalan Laksamana tidak jauh dari tempat kami makan. Aku sangat suka tempat ini. Cantik, bercahaya, dan menarik. Pemandangan yang cukup indah walaupun air sungai agak kotor dan bergeladak. Boat pelacong silih berganti melalui sungai tersebut. Ramai pengunjung yang datang menghabiskan waktu bersama keluarga, kekasih dan para sahabat. Aku hanya duduk dan melihat gelagat sang pengunjung pelbagai kerenah. Ada kanak-kanak yang menaiki motor mainan, ada yang menaiki kerbau mesin, dan ada juga makcik yang kepeningan setelah turun dari Feriis Wheel. Kadang-kadang aku tersenyum sorg-sorg. Memang layan habis duduk kat sini. Walaupun ramai orang, tapi suasana cukup tenang. Tiupan angin yang kuat membuatkan suasana bertambah menarik. Macam di tepi pantai pula. Sayang sekali aku tidak membawa kamera. So, tak ada lah gambar untuk aku share di sini. Di satu sudut di pintu masuk, ada satu band sedang membuat persembahan menghiburkan pengunjung yang datang. Their performance was not too bad. Di seberang sungai Melaka pula terdapat lukisan-lukisan menarik di dinding bangunan yang mengadap tempat kami duduk. Kreatif sungguh.
|
From Internet ~ Melaka River Cruise |
|
From Internet ~ Lightful Night
|
|
From Internet ~ Scenic View |
Tidak lama kemudian, kami pergi ke pantai Eye On yang mendapat nama sempena Eye On Malaysia yang pernah singgah beberapa ketika dahulu di sini. Kami menghabiskan masa mengadap lautan yang luas. Kami duduk di tembok batu sepanjang pantai. Angin pula agak kuat. Syahdu sebenarnya duduk tempat macam ni. Kalau aku ni penulis novel, memang tempat macam ni lah aku akan cari untuk mendapatkan sumber inspirasi. Kalau duduk lama-lama di pantai ni ada juga yang akan menangis nanti. So, kami tidak lama di situ. Kami bergerak pula ke kedai makan untuk minum-minum. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Tak ingat nak balik ke aku ni?
Dora, kawan Eli membawa kami minum di Jalan Laksamana jugak, tidak jauh dari Man Asam Pedas yang kami makan tadi. Nama kedai ini Asam Pedas Claypot. Terkejut aku apabila turun dari kereta. Ramai sungguh manusia yang memenuhi kedai makan ni. Yang specialnya terdapat semua bangsa di sini. Melayu, Cina, India semua ada. Kedainya hanya dua lot, tetapi meja makan menggunakan 6-7 lot kedai. Setiap meja dipenuhi dengan orang. Memang dasyatlah kedai ni. Kepada sesiapa yang hendak makan asam pedas, anda boleh datang ke sini, atau pun pergi ke Hajah Mona Asam Pedas, berhampiran Jonker Walk, di Kota Laksamana juga. Memang sedap.
|
Kedai ini menjadi tumpuan ramai pada waktu malam. |
|
Beginilah suasana pelanggan sedang menjamu selera. Meja penuh. |
|
Hajah Mona Asam Pedas berhampiran Jonker Walk. Jalan kaki je. Aku pernah datang sini dulu. |
Ini sahaja yang mampu aku share. Lain kali kalau aku datang lagi aku akan ceritakan lagi. Kami bertolak balik ke Shah Alam jam 2.00 am dari Kota Laksamana, dan aku masuk tol Simpang Ampat, tak jauh dari Alor Gajah setengah jam kemudian. Dari pintu tol, aku mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk tiba di Shah Alam. Jalan tidak banyak kenderaan membuatkan perjalanan lancar. Aku memandu berseorang kerana Eli telah lama hanyut entah sampai ke negara mana. Mimpi indah lah tu. Kami tiba di Shah Alam jam 4.00 am. Aku menghantar Eli ke rumahnya dan aku pulang ke rumah aku.
Sekian sahaja tentang Melaka.
No comments:
Post a Comment