Tuesday, 13 May 2014

Myanmar Day 01: Dari Kuala Lumpur ke Yangon City ~ The Unexpected Journey

Setelah 9 jam berada di airport dan menunggu pelepasan pada jam 06.55 am, aku melepaskan nafas lega. Ini adalah pertama kali aku overnight di airport kerana menunggu penerbangan awal pagi. Kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa di awal pagi aku mengambil keputusan untuk datang awal dan tidur di airport. Tapi sebenarnya tak tidur pun.

9 jam berlalu dengan pantas. Ramai orang lalu-lalang membuat hal sendiri. Seronok juga tengok gelagat pelbagai ragam manusia di tengah-tengah malam ni. Hehe. Jam 4.00 pagi, Asri, sahabat aku datang mengisi kebosanan. Kami melepak di luar dan berborak untuk menghabiskan masa sementara aku akan ke boarding hall nanti.

Tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon, aku disapa dengan pemandu teksi. Terkejut pertama kali aku melihat pemandu-pemandu teksi hanya memakai kain pelikat dan kemeja kasual. Kenapa semua orang pakai kain pelikat? Detik hati aku. Kemudian, aku melihat kebanyakan daripada mereka mengunyah pinang. Merah gigi-gigi mereka. Lama juga aku terkedu. Huhu. Al maklumlah aku tak buat research sangat pasal budaya di sini, itu sebab aku agak terkejut. Haha. Rupa-rupanya itulah adalah perkara biasa di sini.

Dari airport, tiada bas awam disediakan melainkan teksi dan mini van serta bas-bas pelancongan sahaja. Selepas bertanya beberapa kali kepada pemandu teksi di situ, aku mula berjalan ke perhentian bas yang terletak lebih kurang 3-4km dari lapangan terbang. Dari airport ada juga kenderaan seperti trak pengangkutan (berhimpit-himpit) ke perhentian bas, tapi aku membuat keputusan untuk berjalan kaki. Teksi di situ mengenakan harga USD10 untuk ke bandar.

Dari airport, aku berjalan terus ke kanan sehingga pintu gerbang Welcome To Yangon. Di situ adalah simpang tiga, kemudian aku melintas jalan dan terus berjalan ke kanan sehingga jumpa perhentian bas. Berjalan lebih kurang 20 minit, aku tiba di perhentian bas. Perhentian bas itu betul-betul di "10 mines" nama tempat tu. Semua org pandang aku.

Bertanyakan kpd orang tempatan, aku akhirnya menaiki bas bernombor 51. Bas penuh dan terpaksa berhimpit-himpit. Hanya dengan 200 kyats (80 sen), aku dapat menjimatkan 10USD jika menaiki teksi. Hehe.

Lebih kurang 20-30 minit menaiki bas yang sesak dengan orang tempatan, aku berkenalan dengan seorang abang, namanya Nai Mynn. Berwajah seperti kacukan India+Bangladesh, berusia lebih kurang 40-an merupakan penduduk tempatan yang boleh berbahasa Inggeris.

Aku bersyukur ada seorang seperti Nai Mynn. Dari dalam bas, sehinggalah membeli tiket bas, makan tengah hari dan bersiar-siar di Bandar Yangon, percuma olehnya. Malah, dia turut membawa aku melawat isterinya yang sedang terlantar di sebuah hospital swasta di bandar. 

Perkenalan kami hanya seketika namun, aku dapat merasakan kebaikan mereka yang sentiasa mengalu-alukan aku. Baik-baik orang Myanmar ni. Banyak duit, namun amat merendah diri. 

Sekitar bandar Yangon , terdapat banyak kedai makan Halal. Malah kelihatan juga pelancong dari Malaysia yang berkunjung ke sini.Jalan raya yang agak pack dengan kereta. Oh ya, di Yangon tidak dibenarkan menunggang motorsikal ya. Hanya kereta, basikal, van dan bas serta pengangkutan lain.


Click here for >> Myanmar Day 02: Inle Lake