Sunday, 19 January 2014

Myanmar Day 03: Biking, Canoeing, dan Relaxing Around Inle Lake

27 Dec 2013
Menikmati sarapan pagi di dining hall yang terletak di atas bumbung hotel dengan suhu yang sungguh sejuk, adalah sesuatu yang cukup nyaman. Udara yang segar dan tiupan angin yang lembut sambil menikmati teh o panas di awal pagi memberikan semangat baru untuk mengekplorasi benda baru pada hari ini. Kami dapat melihat pemandangan kampung daripada atas. Aku, Richard dan Harold sahaja manakala isteri Harold sudah selesai makan. 

Kami bertiga plan untuk berbasikal keliling tasik manakala Richard mahu menaiki bot ke Inle Lake. Dia tidak dapat mengikut kami kerana dia tidak ada masa lagi melainkan hari ini. Dia akan terbang ke Mandalay esok.

Perjalanan kami bertiga bermula setelah pihak hotel menghantar tiga basikal yang mempunyai raga kepada kami. Aku memeriksa angina, brek, loceng dan tempat duduk. Kami mula berbasikal ke pekan Nyaung Shwe dan kemudian ke Red Mountain, di mana wine anggur dibuat di situ. Aku terpaksa menolak basikal aku ke puncak “gunung” kerana tak terdaya untuk melawan gravity. Agak tinggi juga trek nya. Nak kayuh tak mampu, so, terpaksalah tolak ke atas. 


Pemandangan dari Red Mountain, tempat pembuatan wine tempatan. Nun hujung di sebelah kiri adalah utara Inle Lake.
Berehat di atas pelantar selama hampir sejam, kami turun semula dan mengayuh ke kawasan kampung. Matahari mulai terik dan membakar kulit aku dengan kejamnya. Hehe. Terasa bahangnya walaupun udara dingin. Di sepanjang jalan terdapat banyak lading tebu, jagung, dan daun tembakau Myanmar. Pemandangan cukup cantik sepanjang 10km kami tempuhi. Cuma apa yang kurang best adalah jalan amat berdebu. Teruk kami apabila ada kereta atau lori lalu. Bernafas dalam debulah gamaknya. Haha


Mengayuh basikal. Kiri dan kanan adalah ladang tebu. Actually ni  adalah first aku tengok tebu yang ada bunga. Sebelum ni memang tak paernah tengok yang ada bunga, cuma daun sahaja.
Sampai di kampung Shwe Maing Tauk, seorang gadis berpakaian tradisional dengan bedak kuning di pipi memujuk kami supaya menaiki canoe miliknya. Mulanya kami kurang yakin dengan gadis tersebut kerana khuatir bolehkah di mengendarai sebuah canoe kecil dengan hanya sebelah kaki? Namun, tanggapan kami meleset sama sekali. :P

Jeti kampung Shwe Maing Tauk
Kampung ini mempunyai 1200 buah keluarga dan kebanyakan daripada mereka adalah nelayan dan petani.


Canoe yang membawa kami pusing-pusing di kampung
Dengan hanya USD1.5 sahaja setiap orang, kami dibawa ke seluruh kampungnya melihat gaya hidup yang diamalkan. Aku rasa harga tersebut adalah terlalu murah dengan apa yang dibentangkan kepada kami. Melihat kehidupan daif mereka, terdetik di hati bagaimana mereka dapat menikmatinya sedangkan kita sendiri pun terasa bermacam-macam kekurangan. Kesyukuran adalah kunci segala-galanya.


Pakcik di depan rumahnya
Kanak-kanak bermain-main di kawasan rumah yang diperbuat daripada buluh dan atap rumbia, mereka bergelak ketawa sesama sendiri, mengayuh canoe tanpa mengira usia membuahkan senyuman kepada kami bertiga. Aku berterima kasih kepada Harold dan isteri, kerana mereka aku dapat melihat suasana tenang seperti di kampung ini. Aku dapat merasa keserasian kami bertiga. Jangan yang banyak komplen sana sini, bukan partner yang terbaik bagi aku. Hehe.


Kami bertiga dalam canoe
Aku memang layan habis pemandangan di sini. Macam melihat potret dalam lukisan dan bukan pemandangan yang real. Memang mengagumkan. Seronok sangat rasanya dapat tengok itik-itik, ayam-ayam, angsa-angsa, dan kanak-kanak bermain. Rindu pada kampung.
 
Ini ialah sekolah. Ketika ini sekolah ditutup kerana musim cuti. Sekolah ini boleh menampung sehingga 150 pelajar sekolah rendah.

Contoh rumah yang terdapat di kampung ini
Selepas setengah jam bersiar-siar di atas canoe, kami dibawa ke restoren (rumah sebenarnya) untuk makan tengah hari. Restoren ini terletak hanya 10 meter dari jeti kecil tempat kami menaiki canoe tadi. Aku order mee goreng sayur. Banyak gila macam 4orang punya makan. Memang tak habislah aku. Kenyang teramat sangat dan harga cukup murah hanya USD1.5 sahaja. Ikan bakar 3 ekor pun hanya USD1.5 sahaja.


Kamibertiga
Sepohon pokok yang menarik perhatian aku
Sebuah rumah yang tidak berjiran dengan rumah yang lain.
Kami bertolak balik ke hotel dan tiba di hotel jam 4.00 petang. Kebetulan Harold pun baru sahaja pulang ke hotel dari Inle Lake. Harold plan mahu ke barat tasik pula berbasikal untuk melihat apakah yang menarik di sana. Isterinya tidak ikut kerana kepenatan. Hanya aku dan Harold sahaja.

Perjalanan kami tidak terlalu lama. Melawat kawasan kampung di celah-celah bendang, melihat nelayan mencari ikan, dan mengambil gambar yang menarik. Kami singgah di barat jeti dan melihat orang mandi. Hehe. Lebih kurang 10 lelaki mandi di situ. Mungkin sudah habis kerja dan mahu pulang ke rumah masing-masing agaknya. 

Sampai hotel semula apabila matahari sudah mulai tenggelam. Kami semua naik ke bumbung hotel dan menyaksikan matahari terbenam.
 
Pemandangan dari atas bumbung. Kelihatan kawasan kampung cukup jelas dari sini.
Senja meniti di bibir bumi
Malam itu, Harold dan Richard belanja kami makan di sebuah restoren di pekan. Kami berjalan kami bersama-sama ke sana. kebetulan ketika itu terdapat mini fun fair, jadi kami mengambil peluang untuk melihat apa yang ada di sana. (Tiba-tiba baru teringat iaitu aku adalah yg paling muda di situ. Harold dan isteri 40an, Richard 50an, dan aku hehe 20an.) Macam anak-anak pulak. Best bergaul dengan orang-orang tua ni. Banyak pengalaman.

Paling menarik di sana menjual selimut tebal dengan harga yang cukup murah.

Myanmar Day 04: 



2 comments: