Monday, 23 September 2013

Hidup tak selalu indah...

Mungkin di sebalik perangai keanak-anakan dan mesra, orang tidak akan tahu, malah mungkin juga tidak ramai yang sedar, di sebalik ketrampilan yang 'berpura-pura' itu sebenarnya menyimpan seribu satu kisah yang tersembunyi. Orang mungkin akan tahu, Bee seorang yang suka berjalan-jalan, suka aktiviti lasak, tak suka duduk di rumah, dan sebagainya. Itu luaran. Dalaman tiada siapa yang tahu. orang tidak akan tahu apa yang boleh membuatkan aku stress sampai aku tak boleh tidur berhari-hari, sehingga jatuh sakit dan terpaksa meminta bantuan kawan-kawan yang sudi menghulur sedikit masa untukku. Perkara yang aku fikir mustahil dahulu, kini menyerang aku tiba-tiba. Migrain. Dahulu, sakit kepala jarang, sekarang aku mengalami sakit migrain. Migrain sampai menangis tak tahan. 

Aku tak sangka semua itu boleh memberi kesan yang cukup mendalam kepada diri aku. Stress memikirkan sesuatu yang tak berpenghujung, stress memikirkan sesuatu yang bukan azali.

Dan kini, aku mulai sedar. Aku tak boleh begitu lagi. Aku akan membunuh diri aku perlahan-lahan kalau aku tidak ubah stress yang aku alami sekarang. Aku bersyukur, di kesempitan yang aku lalui, sahabat-sahabat ada untuk membantu meringankan beban yang tertanggung. 

Aku sedar, bukan semua kehendak kita akan termakbul dan hidup ini bukan semua yang indah. Tuhan dah tetapkan perjalanan kita. Sesukar mana pun kita kena kuat untuk menempuhinya. Hidup hanya sekali, kita harus belajar untuk menghargai apa yang kita ada, dan lupakan apa yang tiada. Usah ditangisi dan meratapi sesuatu yang bukan milik kita dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Kisah hidup sesama manusia pastinya berbeza. Biarlah kita mula dari bawah, belajar menjadi lebih baik dan berubah sedikit demi sedikit. 

Apa diharapkan, semoga esok kan lebih baik dan ada sinar di sebalik mentari yang menyinar. Insyaallah, Allah ada plan untuk kita..Mungkin hari ni kita susah, mana tau esok kita senang. Mungkin hari ni kita jatuh, mana tau esok kita mampu bangun dan terus berlari..

Insyaallah, 


4 comments:

  1. iya..betul. stress hanya akan membuatkan kiter menjadi seorang yg gagal, kalah, rendah diri. Kalo tak mau jadi seorang yang gagal, sila bangkit dr semua kekecewaan.....awak boleh berubah. Saya yakin....:)

    ReplyDelete
  2. First yakin lah pada diri.. Ada target dan matlamat.. jgn biar kita jatuh tersungkur..
    Look like kita ada di line yang sama.. create a blog.. let people read about how happy we are..
    but in reality tak sama.. mmg kita byk buat aktivit.. but itu semua just nak lari dari masalah stress ni..

    Pape pun.. keep a good life k.. and keep smiling.. coz ada yg tersenyum bila awk pun senyum :D

    ReplyDelete
  3. "Ada yang tersenyum bila awak pun senyum..." thanks for this quote..mean a lot

    ReplyDelete