Sunday, 19 May 2013

Resipi Som Tum Thai (Resipi Somtam Thai)

Dah lama rasanya aku mahu mencuba buat som tum, tapi tak kesampaian sehinggalah hari ini. Niat tu tercapai jugak.Berjaya jugak aku makan som tum hasil buatan tangan sendiri. Jom aku share cara-cara nak buat. Simple sangat dan cepat.

Bahan-Bahan:

1. Betik muda
2. Cili api
3. Tomato
4. Bawang putih
5. Kacang panjang
6. Udang kering
7. Kacang goreng
8. Sos ikan - aku terlupa letak gmbr sos ikan dlm ni.
9. Limau nipis
10. Palm sugar - gula kabung kot BM

Cara-cara:

1. Masukkan cili api, kacang panjang, dan bawang putih ke dalam lesung besar kemudian tumbuk (jangan kuat sangat nanti terlalu hancur)
2. Campurkan kacang goreng dan udang kering. Masukkan tomato, limau dan gula. Tumbuk.
3. Masukkan betik dan sos ikan. Tumbuk sedikit. Dan gaul hingga rata.
4. Sedia dihidangkan. 

*Note: FYI, palm sugar dan lesung aku import khas dari Thailand. Gula kabung yg dijual di Malaysia berbeza dengan Thailand. Warnanya lebih jernih dan kurang berbau.


Bahan-bahan resipi somtum Besh Shimatado :)

Inilah hasilnya. Mudah, cepat dan sihat. Jom try.

No comments:

Post a Comment