Hari ini, saya belajar sesuatu.. Sesuatu yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa seorang wanita seperti saya. Mungkin ada sesetengah orang akan fikir tiada apa-apa, namun bagiku ini adalah pengajaran dan ujian yang cukup bermakna dalam hidup. Syarikat tempat saya bekerja menganjurkan pertaadingan futsal antara semua cawangan yang ada di Malaysia. Temasya akan berlangsung di Johor Bahru, iaitu HQ syarikat saya bekerja. Kami akan bertolak esok pagi dengan menaiki bas. Masing-masing telah bersemangat untuk ke JB.
Apa yang menyedihkan ialah, saya telah injured dan saya langsung tidak boleh bermain. Kedua-dua paha saya mengalami kekejangan otot yang melampau. Saya tidak pasti sama ada soft tissue telah koyak atau hanya kekejangan otot yang teruk, namun setiap kali mahu menendang bola, paha saya amat sakit sekali sehingga saya tidak mampu untuk berdiri lagi. Airmata bergenang tiap kali menahan sakit. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya kaki saya. Saya masih boleh berlari namun, apabila mahu mengangkat kaki, paha saya teramat sakit yang tidak terhingga. Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini biarpun telah banyak kali mendaki gunung. Mungkin ini disebabkan saya tidak warm up betul-betul dan terus bermain ketika itu. Maklumlah, first time sentuh bola.
Dan sekarang team saya kekurangan player. Hanya empat orang sahaja pemacu team sekarang. Saya amat sedih kerana saya terpaksa kecewakan rakan pasukan saya. Saya tidak sehebat mana, apatah lagi ini adalah kali pertama bermain futsal. Namun semangat untuk berjuang itu ada. Tapi sekaramg, apakan daya, Tuhan pun takkan boleh membantu saya. Kaki dah semakin teruk, hanya menunggu masa untuk pulih sahaja. Mungkin mengambil masa selama sebulan. Atau dua bulan. Siapa tahu.
Dalam keadaan yang sedih begini, hati saya terfikirkan sesuatu. Kinabalu! Itulah perkara yang saya ingat sepanjang kesakitan yang saya alami. Saya tidak tahu kenapa Kinabalu datang dalam fikiran saya, namun, itulah yang bermain dalam fikiran sekarang ini. Saya rindukan Kinabalu. Saya sedang kecewa dan saya rasa hanya Kinabalu sahaja yang dapat mengubat kelukaan dalam hati saya. InsyaAllah, kalau ada duit lebih, saya mahu mendaki Kinabalu lagi Disember ini.
Dan saya berjanji kepada diri saya sendiri, selepas ini sekiranya saya mahu melakukan sesuatu yang aktif, saya akan warm up badan terlebih dahulu sebelum bermain. Dan saya takkan pernah lagi memungkiri janji pada diri saya ini. Saya sudah mendapat pengajaran yang berharga dan saya harap perkara ini takkan berulang lagi. Dan saya takkan sesekali biarkan ia berlaku lagi. Janji!!
Dan saya berdoa supaya team saya akan menang di JB besok!! Saya yakin dorg boleh menang. Goodluck to Fiqa, Fa, Dyah, and Mas, Geng Heaven 7, Lanun dan Pirates!
dont cry
ReplyDeletewe try next year