Pertama kali mahu mendaki dengan muatan beg yang berat cukup mendebarkan aku. Aku risau aku tidak mampu menggalas beg dan meyusahkan orang lain tapi Alhamdulillah, aku berjaya menakluki puncak Tahan. Trek Merapoh dikatakan lebih banyak mudah berbanding trek Kuala Tahan.
30hb Januari 2014
Berkumpul di LRT Gombak dan diberikan ration oleh penganjur. Kemudian bertolak ke Merapoh. Beg aku berat lebih kurang 15kg rasanya.
31hb Januari 2014
Pihak perhilitan memeriksa semua barangan yang kami bawa. Setiap beg dikehendaki dikosongkan dan mengira setiap barang yang dibawa termasuklah pakaian dalam, plastik, pakaian dan semua peralatan. Plastik adalah haram untuk ditinggalkan di Taman Negara.
Menaiki 4WD dari Sungai Relau hingga ke Kuala Juram sejauh 13km. Pendakian bermula di Kuala Juram.
Kuala Juram ke Kuala Luis 5.0km
Kuala Luis ke Lata Luis 6.0km
Lata Luis ke Kem Kor 2.5km
01hb Februari 2014
Kem Kor ke Permatang 2.5km
Permatang ke Kubang 3.5km
Kubang ke Belumut 1.5km
Belumut ke Bonsai 5.5km
Bonsai ke Bukit Botak 3.0km
02hb Februari 2014
Botak ke Puncak Tahan 2.4km
Puncak Botak ke Gedung 7.5km
Gedung ke Botak 9.9km
Gedung ke Botak 9.9km
03hb Februari 2014
Botak ke Kem Kor 16km
04hb Februari 2014
Kem Kor ke Kuala Juram 13.5km
Sampai di Kuala Juram kami berkesempatan untuk memberi makan ikan kelah.
Gunung Tahan tu.. sungguh menarik hahahaa.. :D tahniah dah berjaya conquer Tahan.. :D
ReplyDeleteThanks..Tahan sgt best Afif tapi tak sempat nk tulis betul2 lagi ni...
DeleteTake your time .. know that u have lot thing to share :D
Delete