Monday, 7 December 2015

Trip Mabul dan Bohey Dulang Semporna April 2016 (4D3N Mabul Island)

Hai, lama sangat tak update blog ni.
Okay tak nak cerita panjang, just nak bagitau that  aku ada buat trip ke Mabul dan Bohey dulang bulan 4 nanti. Masih ada 10  kosong lagi so far. Siapa2 takde geng nak pergi, single mingle ladies and gentlemen.. boleh mesej me tau. Kami akan pergi 5 pulau: Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan. Cantik tau tempat ni. Jom lah.....

Kebetulan pulak time kitorg pergi tu ada  pesta boat regatta lepa!! Boleh la tengok orang-orang bajau laut hias boat yang lawa-lawa tu uols....Jom join weols ni.. Kita kasi gegar mabul. 

Meh nak share  itinerary


MABUL BACKPACKERS TRIP + REGATTA LEPA

Trip                        : 4D3N Mabul + Bohey Dulang EXTRA Regatta Lepa!!
Date                       : 22 – 25 April 2016

Flight Details         :
22 April AK5744                 KUL-TWU            07:00 AM - 09:50AM
25 April AK5749                 TWU-KUL            15:40PM - 18:30PM

Itinerary
Day 01                   : KL > Tawau > Semporna Town
                               Sunset Teatime
Day 01                   : Mabul + Kapalai Snorkelling
                               Sunset Mabul
Day 03                   : Bohey Dulang + Mantabuan + Sibuan Island
Day 04                   : Semporna town
                               Tawau > KL

Price                      : RM550.00 per pax (Kids primary school RM350.00 per pax)
Deposit                  : RM150.00 per pax (Kindly pay your deposit as soon as possible as
                              the place is very limited. You cannot refund deposit if you
                              cancel your booking & balance need to be cleared before March 31st)
                                 

Cost Include       : Airport transfer, boat transfer, ground transfer, lodging (backpacker style),
permit, jetty fee, lunch at island, snorkel set
Cost Exclude      : All dinner, personal equipment, and other cost not mentioned above.

** you can book your own ticket from Air Asia
** if you need my assistant for booking, kindly What’s App me personally 

My HP number 017 2361632




Tuesday, 7 July 2015

Everest Base Camp Solo Trip Wrap Up

23 Oct - 8 Nov 2014

Ramai yang tanya aku pasal trip EBC last Oct dulu. Minta aku ceritakan pengalaman masa kat sana macam mana. Okay, aku janji akan ceritakan pengalaman bermakna aku kat sana, tapi bukan hari ni, sebab mata dah terlalu mengantuk dah ni. Maybe weekend or see bila aku free. Malam ni aku kasi teaser dulu gambar2 yg aku pernah share dlm instagram aku dulu. Okay?

EBC ni best, yang penting, inilah pengalaman paling berharga semasa zaman bujang aku. Sedih sebenarnya hanya tahu travel bila umur dah meningkat,kalaulah dari dulu travel, mesti banyak benda best yang boleh explore tapi masa yang lalu tak boleh dikembalikan. Hahaha. so sekarang ni fokus family, masa depan dan kehidupan yang lebih bermakna. Takde dah solo-solo mcm dulu. Sekarang berdua. )

Here we go!












Selamat Pengantin Baru Buat Aku

Seharum mawar di jambak madu
Seindah purnama beralun lagu
Hati siapa tidak mahu
Berpegang tangan menyulam rindu

Hehehe. Tajuk pun dah rasa nampak jiwang karat. So kenalah berpantun sikit. heheheh.

Pengantin baru tak baru sangat lah. Nikah pada betul-betul hujung tahun 2014 dan bersanding beberapa hari selepas itu. Majlis buat sebelah pihak je, pihak lelaki sebab sebelah aku, aku malas nak pening2 kepala nak fikir semua benda tu.

Semua persediaan kahwin dan majlis sebelah lelaki yang tanggung. Terima kasih sangat2 sebab menerima aku seadanya. Tak sangka  aku dah kahwin. Syukur Alhamdulillah, perkenalan selama sebulan terus ke jinjang pelamin. Lepas tu baru lah kenal-kenal 8 bulan sebelum date majlis. hehe.Usia perkenalan tidak penting, yang penting keserasian. Doakan aku dan suami berkekalan hingga dunia akhirat. 

Dalam perkahwinan, bukan semudah ABC. Ada pahit ada manisnya. Yang dah kahwin tahulah macam mana. Persefahaman sangat penting. Doakan jodoh kami selama-lamanya. Amin. 





Monday, 6 July 2015

Bukit Tinggi ~ Dimensi Unik Di Malaysia

01 March 2015

Lama sungguh aku tak jenguk blog kesayangan aku ni. Lama betul tak tulis diari umum ni. Macamlah ada orang yang baca kan. Hehe.

Saja je nak ambil mood menulis balik. Jari pun dah keras dah lama sangat tak menulis laju2. sebagai permulaan, start dengan tulisan ringan-ringan dululah. Okay

Tanggal 01 Mac 2015 dulu, aku keluar date dengan suami tercinta. Eh, dah berkahwin rupanya aku. Hehe. Sajalah lama sangat tak date org ambil angin luar. Sekali sekala, nak jugak berjalan-jalan. Al-maklumlah ulang alik Cheras-Shah Alam pergi kerja balik kerja. So weekend memang nak tidur je kat rumah. Penat.

4 bulan ulang alik kerja setelah pindah dari Setia Alam ke Cheras, aku rasa macam nak pecah kepala otak aku. Aku memang tak boleh travel jauh-jauh. Aku tak faham kenapa orang boleh travel jauh-jauh untuk pergi kerja. Aku baru 4 bulan pun naik gila. Sekarang ni aku dah pindah tempat kerja. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana.

Okay, aku just nak share gambar kat Bukit Tinggi sikit je. Tak perlulah diperkenalkan lagi Bukit Tinggi tu kat mana or macam mana, rasanya semua orang dah tahu kot. Ni kali ketiga rasanya ke sini.










Thursday, 23 October 2014

Bee Selangkah ke EBC

Esok tanggal 23 Oktober 2014 aku akan ke Nepal untuk menunaikan impian terakhir aku sebelum aku menamatkan zaman bujang aku. Ini adalah solo trip terakhir aku pada tahun ini dan dalam hidup aku. Lepas ni nak berdua pulak. InsyaAllah.

Setelah bertungkus lumus renew passport di imigresen, selama tiga hari berturut-turut akhirnya passport dapat disiapkan pada Isnin lepas. Sabtu aku pergi, nombor giliran habis di Shah Alam. Putrajaya juga habis. Ahad pula aku pergi awal jam 7.00 am ke imigresen namun terpaksa cabut awal sebab menghadiri pernikahan sahabat. 

Isnin aku ke imigresen Shah Alam buat kali ketiga selama tiga berturu-turut. Syukur dapat nombor awal sebab aku tepacak di pintu jam 6.30 pagi lagi. Namun maslaah timbul apabila passport aku perlu dibuat pindaan nama. Nama di passport lama dan nama di kad pengenalan ialah nama baru. Permohonan perlu dilakukan dalam masa tempoh 5 hari bekerja. Isnin aku buat tanpa sangkaan ada masalah sebab aku langsung tidak tahu menahu mengenai pindaan nama. Khamis dah nak fly!!!

TAK SEMPAT!!!!

 Pening kepala aku dibuatnya. Maka terpaksalah aku merayu kepada abang kaunter. Puas dorang berleter dengan aku kenapa last minit buat. Nak surat tunjuk sebab lah, nak print tiket lah, nak salinan surta beranak lah. Bergenanglah air mata aku depan abang imigresen tu. Hampir punah harapan aku ke Nepal, tapi syukur, setelah penat aku minta tolong, akhirnya abang imigresen tu tolong aku!

Passport siap dalam masa sejam!

Namun, ada lagi cabaran esok ni di airport nanti! Booking name di tiket nama lama, dan passport aku nama baru! Aku terpaksa call sahabat yang bekerja di Air Asia tapi katanya memang kena buat pindaan nama atas tiket dahulu baru boleh fly. Masa tidak mengizinkan dah. So nak tak nak, esok aku kena pergi ke airport awal untuk settle masalah ni.

Wish me luck!

Wednesday, 24 September 2014

Gunung Ledang via Lagend Trail

21 September 2014


Ahad lepas aku berkesempatan mendaki gunung lagenda Gunung Ledang yang terletak di Tangkak, Johor bersama rakan-rakan dari Melaka. Aku memandu seorang diri dari Shah Alam ke Tangkak dengan mengambil masa lebih kurang sejam 50 minit. Trafik di awal pagi sememangnya lengang.

Aku tiba sebelum jam 7 pagi dan mengambil peluang untuk berehat sebentar di dalam kereta sementara menunggu kawan-kawan tiba.

Pendakian kami bermula pada jam 9.10 selepas mendaftar, melaporkan barang-barang yang di bawah ke kawasan gunung dan mendengar sedikit taklimat. Masing-masing bersemangat memulakan pendakian.


Dari pejabat taman negara sehingga ke CP1 Bukit Semput, kami mengambil masa dalam 20 minit kalau tak silap. Pendakian bermula dengan 720 anak tangga yang tidak berapa tinggi tetapi cukuplah aku katakan sesi memanaskan badan. Kami berehat di CP1 selama 10 minit.

Dari CP1 ke CP2 iaitu Hentian Meranti, trek sederhana tetapi lebih sukar sedikit dari CP1. Perjalanan betul-betul membuatkan peluh menitik-nitik membasahkan baju. Selepas berehat menunggu rakan-rakan, akmi meneruskan pendakian ke CP3 Batu Orkid.

Selepas itu, pendakian CP3 ke CP4 amatlah mudah. Trek sangat landai dan bersih. Dari CP3 sebelum tiba di CP4 Sg Segi Tiga, guide kami menyuruh kami yang mendahului pendakian menunggu rakan-rakan di Simpang Satu Dua. Dari situ tidak jauh untuk ke sungai.


Di sungai kami berehat lebih lama. Aku menjamah sedikit makanan sebab perut dah mula berkeroncong. Aku ni memang tak boleh lapar, kalau tidak, lembik satu badan. Selepas berehat sambil mendengar deruan air sungai, kami bersiap sedia untuk menghadapi pendakian yang sebenar di KFC (Killing Fitness Centre). 

KFC amat popular di sini kerana kecuraman treknya hampir 75 - 85 darjah dan trek sangat panjang. Memang mencabar. Tapi aku tengok semuanya bersemangat mendaki. Macam takde rasa letih. Di sini terdapat akar-akar kayu sebagai tempat berpaut, batu-batu dan pokok-pokok.

Selepas KFC, kami melalui Gua Kambing. Di sini ada kisah-kisahnya tersendiri. Aku pun belum sempat korek apa cerita di sebalik gua ini. Untuk melalui gua, kami harus menggunakan tangga yang curam dan kawasan gua gelap. 

Tak lama lepas itu, kami dihidangkan dengan sebuah batu yang cukup besar iaitu Batu Hampar. Besar dan pacak sekali. 85 darjah ada kot. Di batu hampar disediakan tiga tali untuk membantu kami memanjat. Penatlah tangan nak pegang tali  tu. Serius. Kalau tangan tak kuat memang boleh jatuh sebab dari bawah nak ke atas bukan pendek jaraknya.

Apabila habis batu hampar, Amras menyuruh aku menoleh ke belakang, SubahanaAllah cantiknya pemandangan yang luas terbentang tu. Tapi aku GAYAT!!!

Batu hampar lagi
Batu Hampar
.
Batu Hampar
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Taman Bonsai dan Bukit Botak seterusnya menuju puncak. Sebelum puncak, terdapat 4 tangga kami kena lalui. Semuanya mencanak.

Semasa menuruni gunung, kami melalui trek short cut, bukan laluan KFC tadi lagi. Trek ini lebih dekat dan mudah. Cuma trek lencun kerana semalam hujan lebih dan Ledang telah diterjah oleh hampir 180 peserta mendaki. Trek ini akan bertemu semula dengan trek semasa mendaki di simpang Pedita.

Secara keseluruhannya, pendakian kami mengambil masa 5 jam naik dan 3 jam turun. Aku mengalami lecetan di jari kaki kerana aku pakai adidas kampung. Mungkin dah lama tak pakai kot tu sebab melecet. Last-last semasa tiba di tangga, aku menanggalkan kasut dan berkaki ayam menuruni gunung.

Apa yang paling best mengenai trip kali ini, kami semua kebuluran tahap dewa. Lepas membersihkan diri, kami makan malam di sebuah kedai. Amras, Naz dan aku makan dua pinggan nasi, manakala Fatilah, Am dan Anuar cuma makan sepinggan sahaja. Ops! Kantoi makan banyak. 

Aku, Am dan Own
Posing di puncak
Batu Bersurat tahun 1313

Menikmati makan tengah hari di puncak dengan sambal sedap oleh Fatilah
Kami di puncak

Sekian terima kasih

Friday, 12 September 2014

Gunung Nuang via Janda Baik

30 Aug & 06 Sep 2014

Gunung Nuang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebuah gunung yang popular dan mencabar. Terdapat dua trek yang boleh diakses iaitu Pangsun dan Janda Baik.

Pangsun jauh lebih sukar dan panjang manakala Janda Baik lebih mudah dan pendek treknya. Namun begitu kedua-keduanya mempunyai kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Tak semua orang mempunyai persepsi yang sama. Dua kali mendaki melalui Pangsun membuatkan aku sedikit fobia dengan trek balak yang sangat panjang. Tapi pengalamannya cukup menarik.

Janda Baik punya lebih kurang separuh dari trek Pangsun. Aku lebih menyukai Janda Baik. Trek yang sentiasa mencanak, landai hanya sedikit, tetapi canak yang tidak keterlaluan. Trek ini bagus untuk training kaki. Mula-mula planning awal aku mahu melakukan training di tangga Batu Caves sahaja, tapi almaklumlah, aku ni cepat bosan dengan benda yang repetitive. So aku memulakan latihan (dah terlewat sedikit dari jadual sebab selalu sakit) di Nuang via Janda Baik. Anda boleh cari lokasi parking kereta Janda Baik di GPS N3.26646 E101.90060

Menjalani latihan di sini sedikit sebanyak membantu aku membina stamina yang semakin kurang dengan bertambahnya usia aku ni. Hehe. Tambahan pula aku dah jarang joging, balik keje ada saja benda yang setel. So nak tak nak, kena cari tempat jugak untuk latihan. EBC tak lama lagi dah. Tak boleh main-main dan manja sgt diri. Trek ini bagus untuk training. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, mula-mula kita trek dari kebun dan lalang, mengambil masa lebih kurang 25 minit dan 45 minit sehingga ke sungai dari check point parking kereta. Ini boleh dikatakan warm up dahulu sebab belum betul2 mencanak.

Lepas tu, barulah pendakian sebenar. Trek mencanak dan ada sedikit landai tapi landai memang tak banyak. So, kaki kita taklah rasa kejap naik turun. Tak manja. Trek ni dia kasi up sikit-sikit. Kaki boleh belajar untuk lebih kuat dan tahan lasak. Hurmmm..merepek aku ni. Hahaha 
Bagi aku, Janda Baik bukan sahaja menjanjikan trek yang bersih, mudah, dan canak, malah menhidangkankan sesuatu yang lebih indah. Pemandangan sepanjang pemanduan ke tempat letak kereta cukup cantik. Udara cukup segar dan mendamaikan. Walaupun sudah jam 9.00 pagi masih sejuk dan berkabus. Cuaca dingin menghilangkan lelah bekerja sepanjang minggu dengan asyik menghadap komputer. Dan semasa trekking, kita akan melalui kebun-kebun sayur yang cantik dan memukau mata. I love it! ♥

Last two week, aku mendaki bersama Nizam dan bertemu group sahabat lama dia puncak. Last week aku mendaki pula bersama sahabat dari Melaka. Perjalanan roughly mengambil masa 3 jam naik dan hampir dua jam turun mengikut stamina masing-masing.

bersama Paklah, dari Johor

Me at peak
 Last week, one of us mengalami kekejangan kaki yang tahap serius, perjalanan kami mengambil masa lebih lama. Bukan senang nak mendaki dengan kaki yang diserang kekejangan. Kalau injured confirm-confirm tau sakit, tapi kejang kaki lagi menyiksakan sebabnya dia serang secara gradually. Kejap-kejap otot tarik. Kesian sahabat kami. Tapi kami semua berjaya sampai puncak dengan jayanya dan meraikan kejayaan kami dengan nasi lemak sedap dan teh o specail. Hehehehhe.
Aku dan bersama Amras dan Naz

sahabat dari Melaka

kami berempat