Aku masa first time merasmikan beg baru. Hehe |
Beli beg baru sempena mendaki Rinjani bulan May 2014, EBC Nov 2014 dan untuk kegunaan masa depan bagi trekking atau travel jangka masa lebih dari seminggu.
Aku ni cerewet orangnya. Kalau nak beli barang aku akan survey banyak2, tapi entah kenapa, lepas try dan tengok beg Osprey model Ariel 65 litre khas untuk perempuan, aku terus berkenan. Tak fikir panjang, terus beli. Beg lama aku Deuter dah tak boleh pakai setelah 7 tahun berkhidmat untuk aku.
Osprey ni terkenal dengan beg yang ringan. Apa yang menariknya, warranty lifetime. So, kalau ada apa-apa rosak, boleh hantar balik anytime for any problem.
Then, beg ni waterproof. Dia tak bekalkan rain cover sekali, tapi aku kena beli rain cover jugak sebabnya nanti beg cepat kotor. Warna beg biru lembut. Model ni ada tiga warna iaitu biru lembut, merah dan wheat.
Beg ni agak lebar. Tak tinggi sangat tapi sedikit gemuk. Tapi aku suka sebab saiz sesuai dengan badan aku. Trial selama tiga hari di CBL amat memuaskan hati. Bahu aku tidak sakit, ia grab dengan bagus. Bahagian pinggang ngam dengan saiz badan aku. Malah boleh adjust harness panjang beg di bahagian belakang badan.
Boleh pilih saiz jugak even dia dh tulis 65 litre tapi aku amik yang saiz XS, harness dia kecik sikit nak bagi match ngan rangka badan aku yang kecik. Volume dia jadi 59litre. Kalau saiz M or lebih besar maka, volume dia akan besar sikit. Tak jauh beza sangat sebenarnya. First time aku tahu beg ada saiz berbeza-beza. Selama ni ingatkan cuma volume yang terpampang kat luar beg tu je: 35L, 40L, 60L + 10 dan sebagainya..
Beg ini dicipta khas untuk perempuan, so memang ngam2 untuk perempuan. Aku amat berpuas hati dengan beg aku ni. Will be my best travel "buddy" lepas ni.
Harga? Selepas diskaun 20% aku dapat RM750.50. Harga asal RM938. Mahu semput jugak nak keluarkan duit ni. Tapi sebab fikir beg adalah amat penting untuk travel dan keselesaan berpanjangan, serta bukanlah setiap hari nak beli beg, so mahal tidak menjadi isu yang besar.
- Top pocket converts into lumbar pack with built in hip belt
- LightWire™ alloy peripheral frame
- Red internal load compression strap
- Stow on the Go™ trekking pole attachment
- Three horizontal compression straps
- J-zipper panel access
- Stretch woven dual access side pockets
- Stretch woven front pocket with welded vent
- Cord loop Add-Ons™ attachment slots
- StraightJacket™ compression
- Side gear loops and straps
- Wide mouth sleeping bag access with divider
- Two ice axe loops
- Removable sleeping pad straps
- LightWire™ Alloy Peripheral Frame Suspension
- Ribbed foam backpanel with grip mesh
- Recycled HDPE framesheet with weight-reducing cutouts
serius berkenan bag tu.. tp tak de lah nak beli, sebab akak bukan macam awak g travel sana sini.. hihi...
ReplyDeleteRinjani, kelab office ada nak buat, tp ... alahai... kudrat tak mengizinkan...
All d best dear!
Puas hati kak dengan beg ni.. sangat selesa even muatan berat tak rasa berat sangat.. Akak boleh beli yang saiz kecik kalau takde travel..tapi kecik2 pun 500 gak harga.. mahal.
DeleteBila diorg pergi Rinjani kak?Mana tau terserempak nanti. Boleh kak..joging everyday mesti boleh...
Beg tu nampak smart huhu.. kita tunggu beg yang ada ni dah tak boleh pakai baru la boleh usha2 tengok beg lain .. :D
ReplyDeleteBest beg tu. Beli yg support pinggang penting kalau nk bw beg berat2.
DeleteAs salam sis...bole tau beli kat mane beg tu ek?
ReplyDeleteSorry sgt sy reply lambat.. dh lama tak online. Sy beli di kedai Midvalley. Tak ingt pulak kedai itu. Depan dia ada kedai hardware
DeleteSalam nk tanya. Tak rasa tinggi sgt ke bahagian top dia tu bila pakai? Selesa? Sebab sy ni rendah je. 154. Huhu beginner bru nk panjat2 tp try survey mmg review ckp beg ni top utk woman.
ReplyDeleteBadan sy 165cm dan kurus orangnya. Saya selesa pakai sebab dia tak berapa tinggi. Cuma dia agak lebar. Tapi klu lebar tak jadi masalah sebab boleh adjust. Dia ada tambahan 10litre if beg muatan penuh. boleh extend ke atas
Delete