Thursday 23 October 2014

Bee Selangkah ke EBC

Esok tanggal 23 Oktober 2014 aku akan ke Nepal untuk menunaikan impian terakhir aku sebelum aku menamatkan zaman bujang aku. Ini adalah solo trip terakhir aku pada tahun ini dan dalam hidup aku. Lepas ni nak berdua pulak. InsyaAllah.

Setelah bertungkus lumus renew passport di imigresen, selama tiga hari berturut-turut akhirnya passport dapat disiapkan pada Isnin lepas. Sabtu aku pergi, nombor giliran habis di Shah Alam. Putrajaya juga habis. Ahad pula aku pergi awal jam 7.00 am ke imigresen namun terpaksa cabut awal sebab menghadiri pernikahan sahabat. 

Isnin aku ke imigresen Shah Alam buat kali ketiga selama tiga berturu-turut. Syukur dapat nombor awal sebab aku tepacak di pintu jam 6.30 pagi lagi. Namun maslaah timbul apabila passport aku perlu dibuat pindaan nama. Nama di passport lama dan nama di kad pengenalan ialah nama baru. Permohonan perlu dilakukan dalam masa tempoh 5 hari bekerja. Isnin aku buat tanpa sangkaan ada masalah sebab aku langsung tidak tahu menahu mengenai pindaan nama. Khamis dah nak fly!!!

TAK SEMPAT!!!!

 Pening kepala aku dibuatnya. Maka terpaksalah aku merayu kepada abang kaunter. Puas dorang berleter dengan aku kenapa last minit buat. Nak surat tunjuk sebab lah, nak print tiket lah, nak salinan surta beranak lah. Bergenanglah air mata aku depan abang imigresen tu. Hampir punah harapan aku ke Nepal, tapi syukur, setelah penat aku minta tolong, akhirnya abang imigresen tu tolong aku!

Passport siap dalam masa sejam!

Namun, ada lagi cabaran esok ni di airport nanti! Booking name di tiket nama lama, dan passport aku nama baru! Aku terpaksa call sahabat yang bekerja di Air Asia tapi katanya memang kena buat pindaan nama atas tiket dahulu baru boleh fly. Masa tidak mengizinkan dah. So nak tak nak, esok aku kena pergi ke airport awal untuk settle masalah ni.

Wish me luck!